Malam pertama pengantin adalah detik indah yang dinanti-nanti oleh setiap pasangan pengantin baru. Semua pasangan ingin malam pertama yang mereka lalui menjadi satu pengalaman yang indah yang akan tersemat dalam kenangan mereka, seumur hidup.
Kepada bakal pengantin yang akan mengharungi malam pertama, di sini saya berikan panduan terbaik bagaimana untuk melalui malam pertama anda dengan sempurna. Penuhkan ilmu di dada dengan panduan ini.
Tekanan Yang Dihadapi Pada Malam Pertama
Oleh kerana malam pertama adalah malam yang ditunggu-tunggu, ramai pasangan yang ingin memuaskan pasangan mereka pada malam ini.
Malam menjadi seperti wajib untuk puaskan pasangan. Jika tak dianggap sebagai tewas, tidak kira teruna atau dara.
Suami yang gagal memuaskan isteri mereka pada malam pertama akan merasa rendah diri. Gagal membuat isteri puas sehingga klimaks.
Isteri pula akan merasa kecewa kerana tidak dapat menunaikan keinginan suami, iaitu melihat beliau puas sehingga klimaks.
Ini adalah antara jangkaan atau ‘expectation’ yang telah disogok dalam minda pengantin baru.
Jangan terkejut jika saya katakan expectation ini adalah antara sebab ramai yang gagal pada malam pertama pengantin.
Rendahkan expectation anda berdua. Ini akan membuatkan anda tidak menghadapi sebarang tekanan berlebihan untuk perform.
Bukan Sekadar Seks
Apabila bercakap tentang malam pertama, sudah pasti yang terlintas di minda ialah hubungan seks malam pertama. Tetapi sebenarnya malam pertama lebih dari seks.
Ramai pasangan pengantin baru yang tidak mengambil peluang menggunakan malam pengantin mereka untuk mengenali pasangan dengan lebih dekat.
Ini rugi kerana banyak kelebihan yang diperoleh apabila anda lebih intim dengan pasangan.
Betul seks pada malam pertama boleh mendekatkan pasangan, tetapi ini jika pasangan tersebut telah mengenali antara satu sama lain sebelum berkahwin. Dalam erti kata lain telah lama bercinta.
Bagaimana pula dengan pasangan yang berkahwin atas rancangan keluarga, iaitu perkahwinan yang dirancang oleh keluarga dan sebagainya.
Sudah pasti mengambil masa untuk mengenali pasangan dengan lebih dekat lebih sesuai dari terus melakukan hubungan seks pada malam pertama.
Jika anda masih tak tahu,
Tip Seks Malam Pertama
Bagi yang telah mengenali pasangan, sudah pasti malam pertama adalah malam untuk berasmara di kamar.
Di sini saya berikan beberapa tip agar seks malam pertama anda lebih sempurna.
Persediaan Seks Malam Pertama
Seperti perkara yang lain, jika anda ingin memastikan sesuatu yang anda lakukan berjalan lancar tanpa sebarang cacat cela, persediaan adalah kunci utama.
Pastikan anda berdua bersedia bukan sahaja dari aspek fizikal, tetapi juga mental.
Rapikan diri sepenuhnya dan titik beratkan kebersihan tubuh. Termasuk kawasan-kawasan zon erotik yang akan digomol oleh pasangan pada malam pertama.
Jangan lupa untuk memakai wangian yang disukai oleh pasangan. Tetapi jangan terlalu banyak, nanti sakit pula hidung pasangan.
Begitu juga lokasi asmara. Kebiasaannya bilik tidur pengantin akan dihias rapi. Itu adalah kelebihan kepada raja sehari.
Tetapi tidak salah jika anda menambah produk sensual seperti lilin aroma terapi, atau taburkan kuntuman bunga di atas tilam.
Ubahsuaian ini walaupun kelihatan ringkas tetapi boleh memberi kesan yang hebat kepada mood anda berdua untuk melalui seks malam pertama.
Selain persediaan lokasi dan fizikal, persediaan mental juga amat penting. Tingkatkan keyakinan diri anda dan buang ego anda jauh-jauh.
Kebanyakan pasangan berasa rendah diri dan takut jika tidak dapat memuaskan pasangan mereka. Ini adalah pengaruh negatif yang perlu anda berdua lenyapkan.
Teknik Seks Malam Pertama
Yakin dengan diri anda, dan juga pasangan anda. Ini akan membantu anda untuk mengharungi seks malam pertama dengan lebih nikmat.
Komunikasi yang baik akan membuatkan anda berdua lebih selesa dan menghilangkan gugup ketika beraksi.
Teruskan dengan pemanasan atau foreplay. Foreplay adalah teknik seks yang penting yang bukan sahaja perlu anda lakukan pada malam ini, tetapi setiap kali anda berdua berasmara.
Foreplay amat penting untuk si isteri kerana wanita perlu masa dan pemanasan secukupnya sebelum bersetubuh.
Dalam erti kata lain, pastikan faraj isteri benar-benar basah sebelum suami mula memasukkan zakar ke dalam lubang faraj.
Terdapat pelbagai cara yang boleh anda lakukan untuk foreplay. Teknik foreplay yang paling mudah ialah dengan merangsang kawasan zon erotik pasangan.
Gunakan bibir, lidah, dan tangan anda untuk merangsang zon erotik pasangan dengan ciuman dan sentuhan.
Dengan melakukan foreplay pada malam pertama juga akan membolehkan anda berdua untuk mengetahui kawasan-kawasan sensitif pada tubuh pasangan.
Apabila masing-masing sudah bersedia, mulakan dengan perlahan-lahan. Suami masukkan zakar ke dalam faraj isteri dengan perlahan-lahan dan lembut. Maklumlah isteri masih dara, dan perlu pecahkan selaput dara isteri.
Anda berdua punyai masa yang panjang. Jangan terburu-buru dan nikmati sepenuhnya detik intim anda berdua di ranjang.
Membuat Pasangan Puas Pada Malam Pertama
Membuat pasangan puas pada malam pertama adalah antara keinginan setiap individu, terutama kepada suami.
Suami akan kecewa sekiranya mereka gagal untuk memuaskan isteri pada malam pertama.
Sebenarnya tak perlu ambil serius sangat perkara ini, lebih-lebih lagi jika ini adalah kali pertama anda berdua beraksi di ranjang. Tetapi jika anda dapat membuat pasangan anda puas pada malam pengantin, ini adalah hadiah istimewa kepada pasangan anda.
Tak susah untuk membuat pasangan puas di ranjang, walaupun pada malam pertama.
Tip-tip yang saya berikan melalui artikel-artikel pada laman web ini sudah lebih dari cukup untuk anda pelajari dan lengkapkan diri anda dengan ilmu asmara untuk buat pasangan puas pada malam pertama.