Untuk Seks Hebat – Semua Isteri Wajib Belajar
Apakah cara menggoda suami terbaik untuk seks hebat di ranjang? Walaupun laman web ini khusus untuk teknik dan tips pancutkan isteri, kadangkala perlu juga saya memberi tips dan panduan kepada para isteri untuk membantu pasangan suami isteri meningkatkan kenikmatan dalam aktiviti seks.
Sukar Menggoda Suami – Keluhan Ramai Isteri
Saya rasa ramai suami yang tidak mempunyai masalah untuk menggoda dan memujuk rayu isteri mereka untuk beraksi di ranjang. Tetapi sebaliknya bagi para isteri.
Kebanyakkan isteri mempunyai masalah untuk menggoda suami mereka, malah ada sesetengah isteri yang tidak terlintas langsung di fikiran mereka untuk menggoda suami untuk seks. Seringkali mereka inginkan dan mengharapkan suami yang memulakannya dulu.
Ini mungkin tidak menjadi masalah 30 tahun yang lepas, tetapi pada masa sekarang isteri perlu lebih memainkan peranan menggoda suami untuk menikmati pengalaman seks yang lebih hebat dan memuaskan.
Suami Tak Kisah – Ramai Isteri Tak Tahu
Kebanyakkan para isteri terutama yang berfikiran konservatif mempunyai rasa malu yang menebal, kadang-kadang tu sedikit ‘over’ walaupun dengan suami mereka sendiri.
Ini membuatkan mereka sukar untuk menggoda suami mereka kerana takut dianggap pelik oleh suami. Ye lah, isteri yang dahulunya pasif dan tidak aktif dalam seks, tiba-tiba berubah kepada isteri yang seksi dan menggoda. Something wrong?
Of course not!
Kepada para isteri, sebenarnya suami anda tak kisah pun sekiranya anda menjadi seksi, gatal dan menggoda dengan mereka. Malah boleh dikatakan majoriti suami gemarkan perubahan ini pada isteri mereka.
Pendek kata ini adalah perubahan yang amat positif dalam kehidupan rumahtangga, khususnya dalam aktiviti seksual suami isteri.
Kelebihan Menggoda Suami Untuk Seks
Seperti yang saya katakan, rata-rata suami malah boleh dikatakan semua suami suka isteri yang seksi dan menggoda. Tetapi hanya untuk mereka sahajalah, jangan pula jadi seksi dan menggoda pada mata masyarakat. Ini namanya mencari nahas!
Jika isteri mereka kelihatan seksi dan menggoda di rumah, suami akan lebih berminat dan akan lebih bersedia untuk beraksi di ranjang. Malah suami anda akan lebih ‘excited’ dan penuh dengan idea-idea nakal untuk menggomol anda.
Ini secara tidak langsung akan membuatkan pengalaman aktiviti seks anda lebih menyeronokkan dan lebih nikmat.
Jangan terkejut pula sekiranya anda akan melihat watak baru suami anda jika anda menjadi seksi dan menggoda. Ya, walaupun pasangan yang berkahwin jarang menyimpan rahsia antara satu sama lain, termasuk cerita di ranjang, terdapat sesetengah pasangan yang menyembunyikan fantasi seks mereka.
Fantasi Seks Suami – Realisasikan
Kebanyakkan lelaki mempunyai fantasi seks mereka sendiri. Ada yang berkongsi dengan isteri, dan ada yang tidak.
Jika suami anda tidak berkongsi fantasi seks mereka dengan anda, mungkin beliau merasakan anda tidak cukup bersedia untuk melaksanakan fantasi seks tersebut bersama beliau. Rugi kan?
Seringkali ini terjadi kerana para suami menganggap anda tidak cukup seksi, dan mungkin akan menolak sekiranya diajak melakukan fantasi tersebut. Oleh itu untuk tidak menimbulkan pergolakan di dalam rumahtangga, beliau memendamkan fantasi seks berikut.
Ini tidak menjadi masalah sekiranya beliau terus memendam fantasi seks beliau dan membiarkan sahaja fantasi seks tersebut berlalu ditelan zaman. Tetapi bagaimana pula sekiranya beliau merealisasikan fantasi seks beliau dengan orang lain??
Oleh itu sebenarnya tiada keburukan dalam rumahtangga sekiranya anda berubah menjadi seksi dan menggoda, malah semuanya akan berubah kepada yang lebih baik, terutamanya terhadap aktiviti seks anda berdua.
Cara Menggoda Suami Yang Berkesan
Apakah cara menggoda suami yang paling terbaik untuk membuatkan suami anda cair? Adakah dengan mengenakan baju tidur yang seksi atau beraksi manja dan menggoda?
Mungkin berkesan, tetapi agak ‘tak natura’ dan kelihatan dibuat-buat jika anda menggunakan teknik di atas. Tambahan pula suami sudah pasti dapat meneka apa yang anda ingin lakukan dan ini akan mengurangkan ‘element of surprise’ dalam kehidupan anda.
‘Surprise’ atau kejutan adalah sesuatu yang bagus, terutama dalam hubungan asmara dan aktiviti di ranjang. Oleh itu, jika tiada elemen kejutan, berkuranglah keintiman dalam asmara.
Berpakaian Tetapi Seksi
Apa yang saya maksudkan dengan “berpakaian tetapi seksi”? Tidak, saya tidak bermaksud mengenakan baju tidur yang seksi, atau pakaian ketat untuk menggoda suami anda.
Bagaimana jika anda mengenakan baju T-Shirt biasa, sedikit longgar tetapi dalam masa yang sama hanya memakai seluar dalam. Seksi?
Sudah pasti di mata suami anda!
Bayangkan pula sekiranya anda ‘melenggang’ di hadapan suami dengan berpakaian sebegini, dan melakukan aktiviti harian di rumah. Jangan terkejut sekiranya suami anda mengajak anda masuk ke bilik dengan segera. Atau kat dapur pun jadi…
Atau, bagaimana jika anda mengenakan pakaian seragam untuk menggoda suami? Pernah dengar perkataan “Cosplay”?
KENALI COSPLAY
Cosplay adalah singkatan untuk “Costume Play”. Cosplay dianggap sebagai satu seni dan mula diperkenalkan di Jepun. Peserta Cosplay akan mengenakan pakaian watak-watak tertentu, atau sebarang idea daripada karekter fiksyen atau komik
Jangan terkejut jika saya katakan hampir kesemua lelaki berfantasi mengadakan hubungan seks dengan watak fiksyen, atau fantasi. Tambahan lagi jika mereka adalah peminat komik, atau anime/kartun.
Dan juga kebanyakkan lelaki juga berfantasi mengadakan hubungan seks dengan mereka yang berpakaian seragam seperti jururawat, doktor, polis dan sebagainya.
Ramai isteri yang tak tahu fakta ini.
Jadi bagaimana jika anda mengeluarkan sedikit modal untuk mendapatkan pakaian seragam dan mengenakannya dihadapan suami anda? Jangan risau ini bukanlah tips seks luar tabii atau pelik. Malah ini adalah salah satu teknik menggoda suami yang amat berkesan dan boleh meningkatkan nafsu suami dengan mendadak.
Kejutan Di Ranjang
Bagaimana pula untuk memberi kejutan kepada suami di ranjang? Banyak caranya.
Sebagai contoh anda boleh memulakan pagi hari anda dengan seks sebagai sarapan pagi. Pernah tak anda terfikir untuk bersarapan pagi dengan zakar suami anda?
Sarapan Seks
Jika tak pernah, sudah tiba waktunya untuk anda memasukkan tips ini dalam salah satu cara menggoda suami.
Selepas ini jangan kejutkan suami anda dari tidur, tetapi terus membelai zakar beliau. Apabila beliau membuka matanya, sudah pasti beliau akan terkejut dan menolak. Tetapi dengan segera beliau akan tersenyum dan bertenang apabila melihat apa yang sedang anda lakukan.
Jangan terkejut jika selepas itu anda akan dilayan sebagai permaisuri pada hari tersebut. Ini juga adalah tips yang bagus jika anda inginkan sesuatu daripada suami, beg tangan baru?
Apa pula yang akan terjadi jika anda mengambil tugas suami di ranjang?
Jadi Boss Atas Katil
Jika sebelum ini hanya suami yang mengawal situasi di ranjang, dan memberi arahan. Apa kata kali ini anda pula yang mengambil alih tugas suami dan memberi arahan ketika berasmara. Jangan risau suami anda tidak akan menolak dan akan menurut kata anda. Malahan berani saya katakan beliau akan menyukai apa yang anda lakukan. Tetapi jangan lakukan selalu, nanti tercalar pula ego suami. Walaubagaimanapun, terdapat sesetengah lelaki yang suka diarah dan menjadi manja ketika aktiviti seks. Terpulang kepada citarasa suami anda.
Menjadi Isteri Seksi, Setiap Masa Setiap Ketika
Menjadi isteri seksi adalah salah satu cara menggoda suami yang efektif. Seksi adalah sesuatu yang abstrak, terutama bagi kaum lelaki.
Ada lelaki yang meletakkan wanita yang bertubuh montok sebagai amat seksi. Namun ada juga lelaki yang gemarkan wanita yang bertubuh kurus dan langsing. Itu dari segi bentuk fizikal yang memang sukar untuk diubah.
Tetapi terdapat definisi ‘wanita seksi’ yang boleh diamalkan oleh setiap wanita, tidak kira bentuk tubuh fizikal mereka. Seksi yang saya maksudkan di sini ialah perwatakan anda.
Menggoda Suami Satu Kemestian Wajib Isteri
Seperti yang nyatakan pada awal artikel ini, jangan hanya harapkan suami sahaja yang memulakan dulu, dan menggoda anda. Sebagai isteri yang sayangkan suami, dan ingin memberi yang terbaik kepada suami, anda perlu mengubah diri anda kepada wanita yang boleh menaikkan nafsu suami, setiap masa.
Mungkin bagi sesetengah isteri hubungan seks dan aktiviti di ranjang bukanlah perkara penting di dalam rumahtangga, dan bukan faktor penentu untuk kebahagiaan hubungan suami isteri.
Tetapi anda harus terima fakta yang hubungan seks adalah “antara” faktor penting yang “memainkan peranan” dalam hubungan suami isteri.
Oleh itu saya harap sebagai isteri yang peka dan ingin meningkatkan kebahagiaan rumahtangga anda, cara menggoda suami yang saya berikan ini dapat sedikit sebanyak membantu anda.