CEPAT PANCUT! PUNCA DAN TIPS MENGATASI MASAALAH INI
Antara masalah seksual utama yang sering dihadapi oleh kaum lelaki ialah pancut awal ketika di dalam hubungan seks. Masalah ini bukanlah masalah baru. Kali ini saya ingin memberikan petua dan tips cara mengelak masalah pancut awal.Sebelum anda mengetahui cara mengelak pancut awal, anda harus tahu apakah penyebab utama yang membuatkan kebanyakkan lelaki tidak dapat bertahan lama. Terdapat tiga sebab utama yang menyebabkan berlakunya masalah ejakulasi pra matang di kalangan kaum lelaki.
PUNCA UTAMA PANCUT AWAL
1. Zakar yang terlampau sensitif. Zakar yang terlampau sensitif boleh menyebabkan deria dan saraf yang berkaitan dengan pancutan mengalami tindakbalas yang terlampau seterusnya meningkatkan keinginan untuk pancut dan klimaks.
2. Keinginan dan ghairah seks yang terlampau tinggi sehinggakan tidak dapat menahan dan menghalang lagi.
3. Hormon tidak seimbang, iaitu tahap hormon-hormon yang mengawal keinginan seks dari ghairah dan pancutan terlalu tinggi, seterusnya mengakibatkan mudah untuk klimaks.Penyebab-penyebab utama pancut awal atau ejakulasi pra matang ini sering menyebabkan kaum lelaki tidak dapat bertahan lama ketika berdayung, dan seterusnya tewas ketika bertarung. Untuk bertahan lama ketika berdayung bersama isteri anda, anda boleh mencuba tips-tips yang saya berikan ini. (Tips ini semua telah dikumpul daripada pakar-pakar yang berkenaan)
TIPS MENGELAK PANCUT AWAL
1. FokusRamai lelaki yang tidak fokus ketika berasmara bersama pasangan. Ini tidak mengejutkan kerana pada masa sekarang ramai yang stress dengan masalah-masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Ditambah pula dengan perkara-perkara yang perlu difikirkan membuatkan ramai yang hilang tumpuan ketika berasmara. Ini secara tidak langsung akan membuatkan anda tidak dapat bertahan lama. Hubungan seks seperti juga aktiviti-aktiviti fizikal yang lain, iaitu memerlukan tumpuan dan fokus anda. Oleh itu berikan tumpuan 110% kepada aktiviti seks anda untuk bertahan lama
2. Kurang StaminaHubungan seks adalah aktiviti fizikal yang boleh dikategorikan sebagai aktiviti berat. Pembakaran kalori yang berlaku semasa aktiviti seks adalah sama dengan pembakaran kalori aktiviti sukan yang lain seperti berjoging dan sebagainya. Oleh itu untuk bertahan lama di dalam hubungan seks, anda perlu berada keadaan puncak. Iaitu stamina yang tinggi. Apabila anda kurang stamina, anda akan cepat letih ketika berdayung. Ini akan membuatkan tenaga anda akan disalurkan kepada anggota tubuh yang lain dan kurang tenaga yang akan digunakan untuk organ seks. Oleh itu kuatkan 0t0t-otot anda dan tingkatkan stamina anda untuk mengelak ejakulasi pra-matang.
3. PemakananFaktor pemakanan juga boleh mempengaruhi pencapaian seks anda dan boleh membantu mengelak masalah pancut awal. Amalkan pengambilan makanan yang sihat yang boleh membantu pencapaian seksual anda. Elakkan minum minuman sejuk dan amalkan meminum air suam. Amalkan memakan makanan-makanan yang boleh meningkatkan prestasi seks seperti Tiram, Bawang, Pisang, Daun Saderi, Strawberi, Badam dan Coklat.
4. Panjangkan ForeplayAktiviti foreplay bukan sahaja dapat memberikan kepuasan berganda kepada isteri anda, malah secara tidak langsung dapat membantu anda bertahan di gelanggang. Dengan memanjangkan aktiviti foreplay, anda akan dapat membuatkan isteri anda klimaks dengan lebih pantas. Selain dapat melincirkan pergerakan zakar, air mani wanita juga dapat membantu zakar untuk pancut lambat. Jadi dengan memanjangkan aktiviti foreplay, anda akan dapat memuaskan pasangan anda dan dalam masa yang sama dapat membantu anda bertahan.
5. Teknik “Berhenti & Picit”Dengan memicit kepala zakar anda (ibu jari atas kepala dan jari telunjuk di bahagian bawah) apabila anda merasakan anda sedang nak ejakulasi, impuls anda untuk pancut akan dikurangkan. Lama-lama anda harus dan akan mengenali impuls ini dan dapat mengawal tanpa memicit.Selepas berlatih beberapa kali, anda akan dapat merasai apa yang paling sesuai untuk anda. Secara umumnya teknik ini akan efektif jika anda mengikuti langkah berikut:a. Beberapa saat sebelum anda rasa anda nak pancut, anda atau pasangan anda memerah kepala zakar anda. Anda boleh meletakkan ibu jari anda sama ada di bawah atau di atas zakarb. Picit selama 10 hingga 20 saat sehingga anda merasakan impuls anda untuk pancut sudah hilang. Selepas anda melepaskan picitan, tunggu kira-kira 30 saat, sebelum kembali ke rangsangan. Anda mungkin mendapati bahawa zakar anda menjadi kurang tegak dalam tempoh ini – ini adalah perkara biasa.c. Untuk keputusan yang optimum, proses ini mesti dilakukan beberapa kali sebelum ejakulasi dibenarkan untuk berlaku.
6. Mengamalkan Produk Berasaskan HerbaJika anda mengalami masalah pancut awal atau ejakulasi pra matang, anda boleh mengamalkan suplemen herba akar kayu seperti Tongkat Ali dan Ubi Jaga.
7. Mengamalkan Urutan Dan Teknik AsahUntuk mendapatkan kesan terbaik, semua sistem saraf dan darah pada zakar harus dibetulkan terlebih dahulu dan kemudian kepala zakar harus di asah untuk mengelakkan ianya cepat geli ketika bersama.