Lemah tenaga batin atau juga dikenali sebagai mati pucuk merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks.
Sebab Dan Punca:
Keadaan ini berpunca dari banyak sebab, seperti masalah jantung yang tidak disedari, darah tinggi dan kencing manis, kebanyakannya mampu dirawat.
Punca masalah lemah tenaga batin boleh disebabkan oleh psikologi atau fisikologi. Dari segi fisiologi, ketegangan zakar adalah melalui mekanisma hidrolik berasaskan darah memasuki dan dikekalkan dalam zakar, dan terdapat pelbagai cara ia terhalang
Mati pucuk psikologi adalah di mana kegagalan tegang disebabkan pemikiran atau perasaan dan bukannya kegagalan fisikologi; dan ini sering kali boleh diatasi.
Ubat yang diberikan oleh doktor untuk merawat penyakit kencing manis, sakit jantung dan tekanan darah tinggi boleh menyebabkan lemah tenaga batin apabila diambil secara berterusan.
Tanda Tanda Awal Masalah:
Terdapat 4 jenis mati pucuk dan di senaraikan di bawah ini bagi menambah pengetahuan anda. Sila AMBIL PERHATIAN sekiranya ANDA mengalaminya!!!
- Zakar langsung tidak mampu menegang. Ia adalah jenis mati pucuk yang gawat dan biasanya berlaku pada kadar 1 dalam 100 lelaki. Ia mati pucuk yang paling di takuti lelaki.
- Zakar lembik dan tidak berupaya senggama. Mani keluar sebelum senggama. Ia adalah jenis mati pucuk yang mendukacitakan. Ia biasa di ubati dan mungkin boleh berpunca dari amalan pemakanan serta kesan psikologi dan penyakit tua.
- Zakar tegang tetapi tidak boleh memancutkan mani. Ia juga termasuk mati pucuk, bukan tanda lelaki itu kuat tenaga batin. Lelaki terpaksa berhenti senggama kerana keletihan dan kejerihan.
- Zakar yang tidak tegang seperti biasa. Ia juga adalah jenis mati pucuk. Ada yang mengelarnya sebagai lemah syahwat atau lemah tenaga batin. Jenis ini akan di hadapi oleh semua lelaki.