Jenis puting payudara antara seorang wanita dengan wanita yang lain adalah tidaklah sama. Ada yang rata, ada yang menonjol, ada pula yang masuk ke dalam.
Mari kita lihat setiap jenis puting payudara yang normal. Ibu punya termasuk dalam kategori yang mana satu agaknya?
1. Bentuk puting payudara penuh ( Protruding Nipple )
Bentuk payudara ini tidak terlalu lebar, namun puting menonjol dengan sangat jelas. Puting akan semakin menonjol bahkan memanjang hingga 3 cm setelah mengalami rangsangan atau ketika sejuk.
2. Bentuk puting payudara mendatar ( Flat )
Puting mendatar atau rata mungkin boleh menyusahkan kita ketika menyusukan si kecil.
Namun, dengan rangsangan yang baik, puting rata juga boleh menonjol sehingga bayi boleh melakukan pelekatan, atau latching, untuk menyusu.
Lama kelamaan, dengan proses menyusu yang kerap, puting juga akan terkeluar dengan sendirinya untuk memenuhi keperluan penyusuan bayi.
3. Puting mancung
Bentuk puting seperti ini mengikut graviti ketika anda tidur secara mengiring ke kanan dan ke kiri.
Ketika ibu tidak mengenakan bra, puting akan kelihatan menonjol dari sebalik baju. Bila dirangsang atau ketika cuaca sejuk, puting ini akan semakin menonjol.
4. Puting seperti pusar yang masuk ke dalam ( Inverted )
Puting yang masuk ke dalam seperti ini turut boleh menimbulkan masalah ketika menyusu. Untuk bentuk puting payudara yang seperti ini, aliran susu mudah untuk mengalir ke dalam.
Namun, keadaan ini boleh diperbaiki dengan menggunakan breast pump dan bayi menghisap puting secara kerap untuk merangsang susu keluar.
Lama kelamaan, putingnya juga akan terkeluar.
5. Bentuk puting payudara yang asimetri
Untuk jenis ini, satu puting cenderung untuk menonjol keluar dan satu lagi masuk ke dalam.
Bentuk puting payudara seperti ini agak jarang berlaku. Jika keadaannya disertai dengan rasa sakit yang pelik, sebaiknya anda segera berjumpa doktor.
Ini kerana ia boleh menjadi gejala awal kanser payudara.
6. Bentuk puting payudara yang berbintik
Biasanya, puting jenis berbintik adalah disebabkan oleh lemak di area puting. Kadangkala, ia kelihatan seperti jerawat.
Namun, bentuknya yang berbintik sama sekali tidak berbahaya, baik untuk ibu mahupun untuk bayi.
7. Puting yang berambut
Puting jenis ini biasanya ada di tubuh lelaki, dan jarang ada di tubuh wanita. Namun, puting payudara ibu juga masih boleh mempunyai beberapa helai rambut di sekelilingnya.
Meskipun ia kelihatan seperti mengganggu, tetapi kita tidak disarankan untuk mencukurnya. Jika rambut di puting dirasakan seperti mengganggu aktiviti menyusu, gunting saja.
Namun, jangan dicukur sampai habis ya. Ia boleh menyebabkan kulit di area puting mengalami keradangan.
8. Puting payudara tambahan
Puting ini adalah puting yang tidak berada di payudara namun ada di anggota tubuh lain. Puting ini boleh menghasilkan susu badan dan akan mengeras apabila dirangsang, seperti puting biasa.
Namun, puting tambahan ini sama seperti tahi lalat yang tidak boleh dihilangkan dan tetap akan ada.
Jadi, ibu sekalian, begitulah jenis-jenis puting payudara yang normal.
Jika anda masih merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan bentuk puting anda, jangan berasa ragu untuk mendapatkan konsultasi daripada doktor ya.
Cara menjaga payudara agar kekal cantik dan tegang
- Memilih bra yang sesuai dan selesa. Elakkan pemakaian bra jenis berkawat kerana ia terbukti dapat merangsang sel-sel bahaya dalam payudara.
- Menggunakan pelembap. Seperti muka dan tangan, bahagian payudara juga memerlukan pelembap bagi mencegah kedutan kerana dehidrasi.
- Tidur dalam posisi mengiring. Anda tidak digalakkan tidur menyarap kerana ia boleh mengubah kedudukan payudara. Bukan itu sahaja, jangan pakai bra semasa tidur bagi melancarkan peredaran darah.
- Hindari rasa tertekan. Meskipun berdepan pelbagai cabaran berbeza setiap hari, anda perlu bijak mengawal tekanan bagi mengelakkan terjadinya kanser payudara kerana peningkatan hormon semasa stres.
- Rajin bersukan. Tidak hanya bagus untuk kesihatan tubuh, aktiviti sukan turut berkesan melancarkan darah dan menjadikan otot-otot lebih rileks. Anda juga mencuba beberapa senaman yang khusus untuk tegangkan payudara.