Siapa tidak kenal dengan aplikasi Shopee yang merupakan aplikasi membeli belah nombor satu di Malaysia. Terbaharu Shopee telah memperluaskan lagi pasaran mereka di Malaysia di dalam perkhidmatan pesanan makanan di Malaysia dengan memperkenalkan ShopeeFood.
Langkah ini bakal memperlihatkan pertambahan persaingan di dalam industri ini yang sebelum ini kebanyakannya di pelopori oleh GrabFood, FoodPanda. Antara dua lokasi terawal yang akan disokong adalah Kuala Lumpur dan juga Selangor. Seperti juga aplikasi perkhidmatan pesanan makanan yang lain, ShopeeFood akan membolehkan penggunakan membuat pesanan makanan untuk dihantar terus ke rumah.
SYARAT KELAYAKAN JADI RIDER
- Warganegara Malaysia (Kad Pengenalan Biru)
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Mempunyai lesen motosikal (Sekurang-kurangnya mempunyai Lesen P dan ke atas)
- Mempunyai telefon bimbit yang menyokong peranti iOS 10 dan ke atas atau Android 4.4 dan ke atas
- Tiada rekod jenayah lampau PDRM
- Tiada rekod penggantungan atau larangan di platform Shopee
CARA DAFTAR RIDER ShopeeFood Rider
- Sila klik borang >> ShopeeFood Rider Application
- Sila pilih negeri anda.
- Sila pilih kawasan anda
- Sila masukkan nama penuh anda pada ruang yang disediakan
- Sila masukkan nombor telefon anda.(Sila guna format ini: 6019xxxx) Nombor ini perlu ada akaun Whatsapp
- Nyatakan adakah anda Warganegara Malaysia ataupun tidak
- Nyatakan anda berumur 18 tahun ke atas ataupun tidak
- Nyatakan adakah anda mempunyai lesen motosikal yang sah?
- Nyatakan adakah anda pernah bekerja sebagai rakan-penghantar untuk syarikat lain di Malaysia
- Jika dirujuk oleh rakan panghantar lain, sila masukan nombor telefon mereka. (Sila guna format ini: 6019xxxx)
- Sahkan maklumat anda
- Tekan butang submit