Kerajaan sudah mula mengumumkan kelonggaran kepada golongan yang sudahpun lengkapkan program vaksin COVID-19. Antaranya adalah kebenaran untuk rentas negeri buat pasangan jarak jauh serta ibu bapa yang ingin melawat anak berusia kurang 18 tahun.
Maka tentu sekali ramai yang ingin cetak salinan sijil vaksin mereka untuk dikepilkan bersama-sama borang permohonan. Ini adalah langkah yang paling cekap di telefon untuk lakukannya.
Bahagian 1: Screenshot kod QR sijil digital
Buka APP MySejahtera dan pergi ke ruangan Profil. Kemudian scroll ke bahagian bawah sehingga anda jumpa dengan sijil digital vaksin anda
Tekan butang Show QR dan anda akan dapati sijil itu akan terkalih ke bahagian belakang. Tangkap layar paparan ini untuk lengkapkan bahagian 1.
Kod QR ini adalah unik dan hanya boleh digunakan sekali untuk lihat sijil. Kalau nak tengok untuk kali kedua, anda perlu “refresh” kod QR dengan tutup APP MySejahtera dan ulang langkah di awal tadi.
Bahagian 2: Baca kod QR
Macam-macam APP boleh anda gunakan, tapi gunakan saja apa yang sedia terpasang iaitu Google Photos (Android, iOS). Lancarkan Google Photos dan pergi ke bahagian Library, cari folder Screenshots.
Buka folder Screenshots dan buka gambar screenshot yang anda ambil di bahagian 1.
Selang beberapa ketika, akan ada butang Search inside screenshot terpacul. Kalau tiada, tekan butang Lens dibahagian bawah paparan. Google Photos akan membaca kod QR itu dan persembahkan kepada anda URL laman web yang mengandungi sijil digital.
Tekan URL dan anda akan dibawa ke pelayar web
Bahagian 3: Cetak sijil vaksinasi COVID-19
Anda akan dibawa kepada pelayar web Chrome secara default. Tekan butang titik 3 bertindih di penjuru kanan dan cari butang Open in Chrome untuk dibawa ke pelayar versi penuh.
Tekan semula butang titik 3 bertindih di penjuru kanan dan cari butang Share.
Apabila tetingkap Share keluar, cari butang Print untuk dibawa ke tetingkap untuk mencetak. Ada dua benda anda perlu ubah tetapannya iaitu:
- Tukar saiz kertas ke A3
- Tukar pencetak kepada Save as PDF
Macam biasa, beri nama kepada fail PDF yang akan disimpan. Bila dah simpan, cari semula file PDF gunakan APP File Explorer anda.
Dah ada fail PDF, ada macam-macam boleh anda buat dengannya seperti cetak kedalam sijil fizikal ataupun simpan untuk rujukan kelak.