Terkini AirAsia Bhd menerusi Super App miliknya melancarkan perkhidmatan e-hailing terbaharu dikenali airasia ride, yang menawarkan lebih banyak kemudahan dan nilai kepada penumpang di samping peluang pendapatan lebih baik kepada pemandu.
Sekiranya anda berminat ingin menjadi AirAsia ride, mesti anda ingin mengetahui cara untuk daftarkan. Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
CARA JADI RIDER SHOPEEFOOD KLIK SINI
KAWASAN AIRASIA RIDE
Buat masa kini perkhidmatan AirAsia ride yang bermula di Lembah Klang akan diperluaskan ke bandar utama lain tidak lama lagi yang dijangka akan diperkenalkan di beberapa bandar utama seperti Kota Kinabalu, Sabah, Pulau Pinang, Johor Bahru dan beberapa bandar kecil tahun ini.
MUAT TURUN APLIKASI AIRASIA RIDE
Untuk melakukan pendaftaran sebagai AirAsia Ride, anda dikehendaki memuat turun (download) Aplikasi AirAsia Super APP di handphone anda terlebih dahulu. Berikut adalah pautan muat turun:
Untuk Pengguna Android KLIK >> ANDROID
Untuk Pengguna IOS KLIK >> IOS
CARA DAFTAR AIRASIA RIDE
Setelah anda memuat turun aplikas AisAsia Super APP di handphone anda, berikut adalah merupakan cara daftar AirAsia Ride:
- Daftarkan akaun dengan aplikasi AirAsia Super APP
- Buka aplikasi AirAsia Super APP di handphone anda
- Klik pada Join As Driver
- Isi maklumat yang diperlukan pada borang permohonan untuk mendapatkan kelulusan.
- Tunggu kelulusan anda dari AirAsia Ride
- Setelah dapat kelulusan, restart kembali aplikasi anda untuk memulakan sebagai AirAsia Ride.
- Selesai
KELEBIHAN AIRASIA RIDE
Sudah tentu anda ingin mengetahui kelebihan sebagai AirAsia Ride. Berikut adalah merupakan kelebihannya:
- Bayaran platform lebih rendah – airasia hanya menerima bayaran komisen 15%
- Keuntungan Allstar – Nikmati penerbangan, makanan dan faedah kursus
- Bayaran rujukan – Dapatkan ganjaran apabila anda merujuk pemandu lain
- Skim insentif – Dapatkan lebih banyak apabila anda mencapai matlamat mingguan
SOALAN LAZIM
Apakah jenis sistem pembayaran yang diguna di Super App?
Buat masa ini, sistem pembayaran yang digunakan adalah tunai, pembayaran dalam talian dan kredit kad.
Apakah kadar yang akan diterima oleh AirAsia Ride?
pemandu akan menerima 85 peratus tambang bersih (tidak termasuk caj tol), lebih tinggi berbanding syarikat e-hailing lain di pasaran, menjadikannya pilihan terbaik untuk menjana pendapatan.
Apakah kadar tambang yang telah ditetapkan kepada penumpang?
Tambang airasia ride telah ditetapkan RM1 secara purata untuk setiap kilometer, tidak termasuk caj tol.