AirAsia hari ini telah melancarkan perhidmatan e-Hailing mereka yang dinamakan AirAsia Rid. Ia ditawarkan melalui APP AirAsia dan tentu sekali bakal bersaing dengan Grab. Apa beza AirAsia Ride dengan Grab?
Penumpang boleh pilih pemandu
Macam Grab, AirAsia Ride pun menyediakan pelbagai jenis kenderaan, daripada kategori kompak hinggalah premium MPV. Tapi untuk AirAsia Ride, anda bukan saja boleh pilih kategori kenderaan, malah anda boleh pilih pemandunya sekali.
Berguna untuk pengguna wanita,ada juga butang Lady Driver’s kalau-kalau lebih selesa mendapatkan servis daripada jantina yang sama.
Berdasarkan antaramuka AirAsia Ride, ia nampak seperti diambil daripada Dacsee. TIdak diketahui sama ada AirAsia mengambil alih ataupun bekerjasama dengan jenama tersebut.
Pengunaan kaedah analitis data untuk tingkatkan kecekapan
AirAsia Ride akan menganalisis pola penggunaan perkhidmatan mereka untuk berikan pengalaman penggnaan yang lebih menyeluruh.
Contohnya, jika pengguna itu ada penerbangan dengan AirAsia, APP akan menyarankan mereka menempah pengangkutan untuk ke lapangan terbang.
Penumpang daripada lapangan terbang memang sangat diburu oleh pengusaha e-Hailing kerana upah yang lumayan. Jadi, AirAsia ingin pemandu mendapatkan penumpang daripada kategori ini sebanyak mungkin.
Tiada penalti jika pemandu tolak job
AirAsia katakana yang mereka akan beri lebih banyak ganjaran untuk pemandu yang sudahkan job berbanding mengenakan penalti kepada pemandu yang tolak.
Namun, bunyinya macam pelanggan yang akan kerugian kalau-kalau tiada pemandu yang sanggup terima penumpang itu.
Menurut AirAsia, mereka yakin yang perkara ini tidak akan berlaku kerana mereka ada cukup pemandu untuk memenuhkan setiap job yang muncul.
Penumpang boleh tawarkan upah tinggi sewaktu menempah
Penumpang yang ingin mendapatkan pemandu lebih pantas boleh tawarkan upah yang lebih tinggi berbanding yang disarankan supaya pemandu lebih tertarik untuk mengambil job ini.
Upah tambahan sabanyak RM1 hingga RM20 boleh diberikan dan pemandu dapat melihat amaun yang ditawarkan sebelum menerima job tersebut.
Pada sudut kos per kilometer, kami dapati yang AirAsia Ride lebih murah beberapa ringgit. Contohnya:
- Dari Mid Valley ke KLCC, Grab kenakan RM17 (Just Grab) manakala AirAsia Ride kenakan RM15.
- Dari Sunway Pyramid ke 1 Utama, Grab kenakan RM21 manakala AirAsia Ride RM18.
Setakat ini, kita masih belum tahu sama ada AirAsia akan kenakan harga surge semasa tempoh sibuk kepada pelanggan mereka.
Caj platform lebih rendah daripada Grab
AirAsia berbangga yang caj platform mereka lebih rendah daripada pesaing, 15% berbanding 20% yang baisanya dikenakan pengendali lain. Makanya, pemandu bakal nikmati perolehan lebih tinggi.
Tambahan pula, mereka mengalu-alukan pemandu daripada platform pesaing untuk menyertai mereka dan gunakan dua APP sekali gus tanpa masalah.
Pemandu AirAsia Ride semuanya dah lengkapkan program vaksin COVID-19
Pemandu juga dibekalkan pensanitasi udara untuk kegunaan semasa bertugas. Setakat ini, AirAsia Ride miliki 5,000 pemandu dalam platform mereka. Servis ini ditawarkan di dalam Lembah Klang buat masa ini dan akan diperkembang daripada masa ke masa.
Gunakan kod promo untuk penjimatan
AirAsia Ride kini sedang adakan promo hingga 30 September 2021. Apabila menempah kenderaan, anda boleh gunakan kod promo AARIDE3 untuk terima rebat RM3 keatas bil perjalanan anda.
Anda boleh muat turun APP AirAsia di : KLIK LINK BAWAH>