Salah satu perkara yang paling dirisaukan oleh kaum lelaki, selain saiz zakar, ialah berapa lama mereka boleh bertahan semasa “beraksi”. Sebab itu ramai lelaki tertekan untuk mencari cara tahan lama semasa bersetubuh.
Ini kerana ramai yang suka memperkecilkan masalah tidak tahan lama. Ia membuatkan kaum lelaki rasa mereka tidak berusaha sehabis baik untuk memuaskan pasangan masing-masing.
Masalah tidak tahan lama semasa bersetubuh
Memang masalah tidak tahan lama atau ejakulasi pramatang bukanlah masalah yang besar, tapi kalau ia kerap kali berlaku, rumah tangga boleh mula menghadapi masalah.
Salah satunya ialah isteri tidak puas. Walaupun anda kadang-kadang bukan sengaja nak “terlepas awal”, tapi anda bukan satu-satunya lelaki yang menghadapi masalah ini.
Menurut laporan, hampir 1 daripada 5 lelaki di Malaysia menghadapi masalah ejakulasi pramatang. Jadi kalau anda mahu meningkatkan prestasi permainan di ranjang, apa kata anda cuba 5 cara tahan lama semasa bersetubuh yang kami sediakan ini!
KLIK SINI UNTUK LIHAT PRODUK TAHAN LAMA
9 cara tahan lama semasa bersetubuh yang terbukti berkesan
#1. Ubah diet dan menu pemakanan anda.
Sesetengah makanan seperti halba mampu meningkatkan hormon testosteron dalam badan anda, menurut kata Dr. Philip Werthman, doktor pakar lelaki di Los Angeles.
Hormon testosteron ini merupakan kunci utama dalam mencari cara tahan lama semasa bersetubuh. Ia membantu fungsi ereksi berfungsi dengan lebih sihat.
Selain itu, perbanyakkan makanan seperti kuning telur, tuna dan kerang dalam menu harian anda. Makanan-makanan ini memang terkenal sebagai makanan untuk tahan lama di ranjang.
#2. Ubah mindset anda
Ini salah satu cara yang paling tepat jika anda risau pasangan tidak puas. Sebelum anda ejakulasi, pastikan isteri telah mencapai orgasma atau klimaks.
Dalam hubungan intim, bukan anda seorang saja yang perlu rasa puas. Isteri pun kena juga! Jadi, prihatin dan peka dengan bahasa tubuh pasangan. Tanya apa yang dia suka.
#3. Senaman otot pelvik
Sudah tiba masanya untuk anda membuat senaman otot pelvik sebagai senaman harian anda. Sebenarnya, senaman ini mudah saja dan boleh dibuat di mana-mana pun!
Bagaimana nak buatnya? Menurut Dr. Patti Britton, anda perlu mengemut otot pubococcygeus. Ia kemudian akan merangsang pengedaran darah ke zakar.
Bagaimana nak cari otot itu? Caranya mudah saja. Cuba anda tahan kencing. Rasakan kemutan di bahagian otot ketika menahan kencing itu? Itulah otot yang anda perlu kemut ketika senaman!
Cuba kemut otot itu selama 10 saat, kemudian lepas dan ulang sebanyak 15 kali sehari. Dalam kesesakan lalu lintas pun boleh cuba!
#4. Jangan gelojoh
Menurut kajian, wanita memerlukan masa minimum selama 10 minit untuk benar-benar klimaks ketika seks. Adakah anda mampu mencapai masa itu?
Jika anda ragu-ragu, di sinilah anda jangan gopoh. Pertama, berikan kepuasan pada isteri dulu dengan mensasarkan titik G-spotnya dengan jari. Pasti dia akan klimaks!
Kemudian, mulakan aksi dengan foreplay dan buat satu persatu. Jangan gopoh, ingat itu!
#5. Amalan teknik “memicit”
Dr. Britton juga menggalakkan teknik “memicit” sebagai salah satu cara tahan lama semasa bersetubuh.
Jangan tidak tahu, tapi ada beberapa bahagian pada zakar yang boleh membantu suami melambatkan ejakulasinya.
Bagaimana nak tahu bahagian tersebut? Cara pertama adalah dengan menggenggam erat zakar menggunakan tangan. Bahagian zakar pertama yang boleh melambatkan ejakulasi adalah di bahagian atas zakar.
Kemudian, cuba picit di bahagian tepi kepala zakar. Bahagian ketiga pula adalah di perineum, bahagian di antara dubur dan buah zakar.
KLIK SINI UNTUK LIHAT PRODUK TAHAN LAMA
#6. Guna semburan bagi lambat pancut
Semburan lambat pancut atau lebih dikenali sebagai delay spray akan membuatkan saraf zakar menjadi kurang sensitif. Ia merupakan cara tahan lama semasa bersetubuh yang mungkin nampak seperti tidak masuk akal.
Tapi sains sendiri membuktikan semburan ini berfungsi! Malah anda boleh tahan lebih lama sebanyak 6 kali berbanding tanpa memakai semburan ini.
Dalam semua kajian klinik yang melibatkan penggunaan semburan ini, hampir 72% setuju ia melambatkan ejakulasi.
#7. Pakai cincin zakar
Selain semburan bagi lambat pancut, anda juga boleh cuba alat bantuan seks lain seperti cincin zakar. Tiada apa yang perlu dimalukan!
Cincin zakar ni berfungsi sebagai “pengekal” dan “peningkat” ketegangan ereksi zakar anda. Maksudnya di sini, cincin zakar akan menghalang aliran darah dari terkeluar.
Lalu, kekerasan zakar anda boleh ditingkatkan. Namun, hati-hati ketika memilih dan menggunakan cincin zakar.
Pemakaian yang betul adalah penting kalau anda tak mahu cincin itu tersangkut di zakar anda!
#8. Buat lebih banyak seks!
Sains membuktikan untuk hubungan seks yang sihat, pasangan perlu kerap melakukan seks. Malah, Dr. Larry Gassner sendiri mengatakan lelaki yang menghadapi masalah ejakulasi pramatang sebenarnya memerlukan latihan.
Masalah ini mungkin terjadi kerana lelaki terlalu risau tentang prestasinya di ranjang. Jadi dengan hubungan intim yang lebih banyak, lelaki dapat in tune dengan pasangan.
#9. Lakukan posisi seks yang tepat
Posisi seks yang anda pilih ketika ingin berasmara juga mampu memberi kesan kepada betapa sensitifnya zakar anda. Apa posisi seks yang tepat untuk tahan lama ketika bersetubuh?
Cuba lakukan 5 posisi seks ini. Ia bukan saja membenarkan anda tahan lebih lama, malah, isteri juga akan lebih puas!
Kuncinya di sini adalah melakukan posisi yang bersifat “pertahanan”, bukannya “menyerang”.
#10. Selangi aksi dengan foreplay
Foreplay adalah satu win win situation untuk suami isteri yang menghadapi masalah tidak tahan lama ketika di ranjang. Sebab itu suami diminta untuk tidak gelojoh.
Jika anda rasa “geli” ketika melakukan penetrasi, tarik keluar zakar dari miss V isteri. Trik ini berguna kerana ia mampu mengalihkan perhatian anda sekejap sebelum ejakulasi.
Kemudian, berikan foreplay pada isteri sebelum kalian memulakan aksi semula.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!